Selamat Datang

Powered by Blogger.

Blog Pembentangan Kumpulan

Headline

Wednesday 11 January 2012

Jurnal Refleksi Minggu Pertama



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Tuhan kerana masih memberi keizinan buat saya mencoret tinta di sini, sebagai satu refleksi kendiri, bagi kelas Pendidikan Muzik yang pertama ini.

Untuk semester ini, terdapat kelainan yang saya peroleh berbanding semester lepas apabila subjek Pendidikan Muzik menjadi salah satu subjek yang perlu saya hadapi dalam silibus. Saya berasa teruja kerana saya sebetulnya memang menginginkan pembelajaran muzik secara formal di dalam kelas. Akhirnya, hasrat saya untuk mempelajari muzik secara formal terlaksana apabila saya perlu menghadap kertas ini untuk semester ini. Alhamdulillah.

Pada pandangan peribadi saya, muzik merupakan salah satu elemen yang mampu melengkapkan kehidupan. 

Semua sedia maklum, Pendidikan Muzik merupakan salah satu daripada pecahan yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial merupakan satu asas bagi membentuk insan yang seimbang dan harmonis daripada segenap aspek. Saya percaya bahawa muzik mampu memberi keseimbangan kepada kehidupan kita. Adakalanya, kita tidak perlu bercakap, tetapi hanya dengan melalui muzik, kita akan difahami. Begitulah kuasa seni yang terdapat dalam muzik ini sekiranya kita benar benar mencuba untuk memahaminya.


Di dalam kelas pendidikan muzik yang bakal saya dalami ini juga, saya berharap agar saya dapat melihat satu titik kesepaduan yang membentuk keseimbangan kelima-lima aspek yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, seperti yang telah saya nyatakan tadi. Saya berasa tidak sabar, untuk menghadirkan jiwa saya dan minat saya sepanjang kelas Pendidikan Muzik ini berlangsung.

Sesungguhnya, sebagai seorang bakal guru, saya percaya, muzik dapat mencungkil bakat dan kreativiti seterusnya membentuk sikap dan daya ingin tahu pelajar untuk meneroka lebih lagi tentang aspek dan warna kehidupan yang penuh seni. Sebagai contoh, pelajar yang berjaya menguasai aspek muzik dalam kehidupan akan mempunyai daya fikiran bercapah di luar kotak dan mampu membuat keputusan dengan bijak. Pelajar tersebut akan mampu membuat banding beza tentang sesuatu perkara itu secara menyeluruh dan tidak hanya bergantung kepada satu cabang fikiran sahaja. Oleh itu, pelajar yang bersifat seperti ‘robot’ tidak akan terbentuk sekiranya penerapan muzik dalam kehidupan dan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dititikberatkan oleh guru.

Tuntasnya, saya selalu percaya, seorang guru yang baik akan mampu untuk menerapkan pendidikan muzik dengan berkesan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang bukan hanya sekadar memberi keseronokkan kepada pelajar tetapi juga dapat memberi kefahaman yang jelas tentang isi pelajaran dan objektif yang telah digariskan.

Akhir kata, semoga kelas pendidikan muzik kali ini dapat memberi saya seribu satu pengalaman berharga untuk saya bawa apabila saya telah benar benar menjadi seorang guru kelak. Jutaan terima kasih juga saya tujukan buat pensyarah pembimbing saya, Encik Amran dan juga rakan sekelas saya kerana sentiasa ada ketika saya memerlukan.

Sekian, terima kasih.


Jumpa di minggu kedua.
Salam sayang buat semua :)
135612012012




Teruskan Membaca...

Biodata Diri

NAMA

NO MATRIK

PROGRAM


UNIT
MARYAM BINTI NORAZAN

2011141340079

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)


BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2011






 kerana guru adalah seniman :)



Teruskan Membaca...

Twitter

 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

MZU 3104 ASAS PENDIDIKAN MUZIK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template